Wednesday, 20 September 2017

Kes Remaja Terlibat Jenayah Meningkat



    KES REMAJA TERLIBAT JENAYAH MENINGKAT

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Masyarakat perlu berganding bahu bersama polis dalam usaha mengatasi masalah jenayah di kalangan remaja termasuk pelajar yang semakin membimbangkan, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Beliau menyuarakan kebimbangan tersebut kerana kes-kes jenayah melibatkan remaja dan pelajar di seluruh negara meningkat sebanyak 295 kes pada tahun lalu.
Musa berkata, sebanyak 6,838 kes jenayah termasuk jenayah kekerasan, harta benda terutama kes mencuri motosikal membabitkan remaja dilaporkan pada tahun lalu berbanding 5,543 kes pada tahun sebelumnya. Seramai 8,113 remaja berusia antara 16 dan 18 tahun ditahan sepanjang tahun lepas dan daripada jumlah itu 3,545 adalah pelajar.Situasi ini harus dipandang serius oleh semua pihak kerana dalam sesetengah kes ia turut melibatkan para pelajar seawal umur tujuh hingga 10 tahun,’’ katanya.
.
Dipetik daripada sumber : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0217&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm



Berdasarkan petikan kenyataan akhbar di atas, kes jenayah yang membabitkan golongan remaja semakin parah dan membimbangkan . Apatah lagi jika kes jenayah ini mellibatkan golongan murid seawal 10 tahun. Salah satu kes jenayah yang sering dikaitkan dengan golongan remaja ialah kes jenayah ragut.
Menurut kamus dewan, jenayah ialah perbuatan kejahatan seperti mencuri ,merompak ,membunuh dan lain-lain atau perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Manakala ‘ragut’ pula bermaksud menarik, menyentak, mencabut dengan paksa atau dengan kekuatan. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa jenayah ragut merupakan satu perbuatan menarik, menyentak atau mencabut yang mana berkait rapat dengan tas tangan. Jenayah ragut ini sering kali dikaitkan dengan golongan remaja. Justeru itu, beberapa faktor telah dikenal pasti penyumbang kepada peningkatan kes jenayah dalam kalangan remaja. Antaranya;

Kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa

Ibu bapa dan keluarga memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka semenjak dari kecil. Pepatah melayu ada menyebut ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka. Ini kerana, anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa dan keluarga mereka. Ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan atau mencari rezeki tidak dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak.Perhatian dan didikan yang kurang daripada ibu bapa punca remaja terjerumus dalam jenayah seperti ragut. Ibu Remaja yang tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa dan keluarga, akan mendapatkan kasih sayang dan perhatian daripada orang luar termasuk rakan sebaya. Remaja akan membuat apa sahaja untuk berseronok dan mendapatkan perhatian rakan mereka.Sebagai contoh ,melakukan jenayah seperti meragut,melepak dan sebagainya bagi memuaskan hati rakan mereka.Oleh itu kurang kasih sayang menybabkan remaja terjerumus dalam kancah jenayah ragut ini.

Pengaruh rakan sebaya

Salah satu punca berlakunya jenayah ragut adalah sikap segelintir remaja yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Menurut pendapat seorang ahli psikologi Barat, Carl Rogers (1985), remaja akan mengalami beberapa perubahan ketara yang mana rakan sebaya begitu penting bagi mereka. Konflik harga diri menyebabkan remaja menjadikan rakan sebaya sebagai ‘tempat mengadu. Malah, mereka juga akan melakukan sesuatu yang drastik bagi membuktikan mereka boleh berdikari atau mampu bertindak seperti orang dewasa.Sebagai contoh mencari duit.Mereka melakukan jenayah ragut,mencuri,merompak bagi membuktikan bahawa mereka mampu mencari wang sendiri.Jelaslah jenayah ragut mendorong remaja melakukan jenayah ragut.

Keadaan Ekonomi keluarga

Kemelesetan ekonomi dunia telah memberi impak yang besar terutamanya kepada masyarakat yang berpendapatan rendah.Remaja yang berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan rendah terpaksa menjadikan jenayah ragut sebagai jalan terakhir untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Hal ini dibuktikan menerusi  kenyataan Pengarah Jabatan Siatasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Dato Muhammad Bakri Zinin bahawa faktor ekonomi merupakan menyumbang kepada peningkatan jenayah ini.Tambahan pula, jenayah ragut memberi keuntungan dalam sekelip mata kepada peragut.Tuntasnya,kemelesetan ekonomi juga menjadi titik tolak penglibatan remaja dalam kes jenayah ragut ini.

Pengaruh Media Massa

Media massa banyak memberi manfaat dan kemudahan kepada penggunanya.Sebagai contoh kemudahan seperti internet,e-mel ,televisyen dan sebagainya.Perkembangan teknologi  yang pesat ini, memudahkan setiap maklumat yang diperlukan diperolehi dalam sekelip mata. Namun demikian,media massa turut membawa kesan negatif kepada golongan remaja khasnya jka disalah gunakan.Remaja hanya perlu memuat turun apa sahaja yang mereka inginkan.Sebagai contoh menonton video lucah,menonton video ragut dan video keganasan.Secara tidak langsung, maklumat yang diperolehi akan mendorong  perasaan ingin mencuba dalam diri remaja tersebut. Jiwa remaja sememangnya mudah dipengaruhi.Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba menyebabkan remaja mempraktikkan apa sahaja yang mereka tonton melalui laman internet. Oleh sebab  itu, media massa juga menjadi faktor berlakunya jenayah ragut dalam kalangan remaja.

Kurang mendapat didikan agama

Remaja yang mempunyai pegangan agama yang lemah cenderung untuk melakukan jenayah.Semua agama sama ada Islam,Hindu dan Buddha melarang penganutnya melakukan kejahatan. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa  untuk memberi didikan agama yang kukuh kepada anak-anak mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial.

Langkah-langkah menangani masalah jenayah remaja.

Kes ragut dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja terbabit. Ibu bapa perlu meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka bagi meninjau perkembangan anak-anak. kesibukan bekerja dan mencari rezeki tidak patut dijadikan sebagai alasan utama mereka mengabaikan tanggung jawab sebagai ibu bapa. Ibu bapa perlu berusaha menjadi rakan kepada anak-anak dan selalu berdampingan dengan mereka untuk mendengar luahan masalah anak-anak. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam jenayah ragut bahkan dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Asas pembentukan sahsiah remaja bermula daripada keluarga. Sementelahan itu, didikan agama yang kukuh juga dapat membantu remaja berfikir secara rasional sama ada melakukkan kejahatan atau lebih kepada kebaikan. Oleh itu, ibu bapa dan keluarga perlu melengkapi anak-anak mereka dengan didikan agama yang teguh sebagai pedoman dalam perjalanan hidup setiap hari.
Pihak sekolah juga mungkin boleh membantu mengatasi jenayah ragut yang melibatkan golongan remaja. Pihak sekolah perlu membantu mencari dana untuk membiayai persekolahan remaja yang mengalami masalah kewangan agar mereka lebih fokus kepada pelajaran dan tidak mencari jalan lain untuk mengatasi masalah kesempitan hidup.
 Kesimpulannya, jenayah ragut dalam kalangan remaja perlu di atasi dengan kadar segera agar kemajuan negara dapat dicapai. Masalah seumpama seperti ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak terbabit.

Pengarang :masjoe- Felicia- Wajimin