Sunday 16 July 2017

Isu Membuli di Sekolah: Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis



Memang tidak dinafikan bahawa kes buli adalah salah satu fenomena sosial yang semakin berleluasa bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Baru-baru ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes buli di sekolah yang menyebabkan seorang pelajar iaitu T. Nhaveen meninggal dunia. Namun, jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Justeru, sudah tentu kes buli seperti ini disumbang oleh beberapa punca.

          Salah satu punca adalah kekurangan penghayatan nilai-nilai moral dan agama dalam diri pelajar. Ini menyebabkan mereka hilang nilai kemanusiaan dalam diri sehingga mereka sanggup menyakiti pelajar lain hanya untuk menunjukkan kekuatan diri. Di samping itu, para pelajar yang tidak mempunyai nilai moral yang kukuh dalam diri juga mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya yang membuli itu.


          Sebagai kesimpulan, jika masalah ini masih berleluasa, impian negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 akan menjadi seperti khayalan Mat Jenin semata-mata. Hal ini adalah kerana para pelajar merupakan generasi yang bakal menerajui negara ini di masa hadapan. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah sebulat hati dalam menangani masalah kes buli ini. Semoga kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

No comments:

Post a Comment