Wednesday, 19 July 2017

Pembuangan Bayi Dalam Kotak Minuman


           Salah satu isu moral yang sering dibualkan di medan perdebatan dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen ialah gejala pembuangan bayi. Menurut Utara News, laporan PDRM telah menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015.

          Salah satu punca kes pembuangan bayi ini adalah kerana peningkatan remaja yang melahirkan anak luar nikah. Fakta ini disokong lagi dengan statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2016 yang menyatakan bahawa sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah. Menurut statistik ter­sebut, lima negeri mencatatkan kes kehamilan remaja ter­tinggi iaitu Sabah de­ngan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes. Bagi menyelesaikan masalah sosial ini, hukuman jenayah perlu dikuatkuasa dan penambahbaikan ke atas Rang Undang-undang 355 (Hukuman Jenayah Syariah) perlu dilakukan.

             Oleh itu, walaupun kehidupan manusia sekarang ini sudah pun berada di zaman abad ke 21 iaitu semua negara membangun ke arah kemodenan termasuk Malaysia sendiri. Namun begitu, isu-isu moral masih berlaku di seluruh dunia ini dan kita lihat di Malaysia sendiri isu pembuangan bayi sentiasa menjadi berita sensasi. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku iaitu salah satunya ialah kurang didikan agama. Apabila kurang didikan agama maka para remaja mahu pun orang dewasa menjadi hilang haluan atau panduan hidup sehinggakan mereka terlibat dengan gejala sosial yang tidak baik seperti pergaulan bebas menyebabkan ramai remaja atau perempuan mengandung tanpa ikatan yang sah yang menyebabkan mereka ketakutan dan tidak bertanggungjawab sehinggakan tidak teragak-agak membuang bayi yang baru lahir semata-mata ingin menutup kesalahan. Namun demikian, seperti kata pepatah "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor penting pembuangan bayi ini. Rakan-rakan yang tidak berperangai baik akan memujuk rakannya yang lain untuk melakukan hal-hal yang tidak baik seperti mempengaruhi kawan-kawan pergi mengunjungi tempat-tempat hiburan, merokok, minum alkohol, hisap dadah dan melepak. Oleh itu, sesiapa remaja yang terlibat dalam hal ini menganggap ia adalah perkara biasa seperti seks rambang yang menyebabkan mereka mengandung yang akhir menjadikan mereka takut dimarahi oleh keluarga dan akhirnya mengambil keputusan menggugurkan kandungan atau membuang bayi tersebut.
            

          Secara kesimpulannya, gejala sosial ini dapat diatasi apabila semua lapisan masyarakat mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab sebagai seorang insan dan individu yang bergelar rakyat Malaysia. Oleh itu, kita semua haruslah berganding bahu dalam mencegah dan membanteras gejala sosial yang semakin bermaharajalela ini dan seterusnya menghasilkan masyarakat yang mempunyai pemikiran dan minda kelas pertama. 


Rujukan:
http://utaranews.com/2017/01/sehari-50-kes-hamil-luar-nikah-dan-buang-bayi-dicatatkan-di-malaysia.html/

4 comments:

  1. Usaha yang baik. Teruskan sehingga blog anda berjaya dihasilkan sepenuhnya. Kemaskini setiap minggu. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Setakat ini kita nampak dua artikel. Bila artikel ketiga akan diterbitkan? Cikgu Wajimin?

    ReplyDelete
  3. Nyatakan rujukan luar dalam bentuk APA. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Teguran telah dibuat tetapi penambahbaikan langsung tidak diendahkan sehingga ke tarikh hari ini. Sila ambil tindakan segera. Terima kasih.

    ReplyDelete