KES REMAJA
TERLIBAT JENAYAH MENINGKAT
KUALA LUMPUR 16 Feb. Masyarakat perlu
berganding bahu bersama polis dalam usaha mengatasi masalah jenayah di kalangan
remaja termasuk pelajar yang semakin membimbangkan, kata Ketua Polis Negara
(KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Beliau menyuarakan kebimbangan tersebut
kerana kes-kes jenayah melibatkan remaja dan pelajar di seluruh negara
meningkat sebanyak 295 kes pada tahun lalu.
Musa berkata, sebanyak 6,838 kes jenayah
termasuk jenayah kekerasan, harta benda terutama kes mencuri motosikal
membabitkan remaja dilaporkan pada tahun lalu berbanding 5,543 kes pada tahun
sebelumnya. Seramai 8,113 remaja berusia antara 16 dan 18 tahun ditahan
sepanjang tahun lepas dan daripada jumlah itu 3,545 adalah pelajar.Situasi ini
harus dipandang serius oleh semua pihak kerana dalam sesetengah kes ia turut
melibatkan para pelajar seawal umur tujuh hingga 10 tahun, katanya.
.
Dipetik daripada sumber :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0217&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
Berdasarkan petikan kenyataan akhbar
di atas, kes jenayah yang membabitkan golongan remaja semakin parah dan
membimbangkan . Apatah lagi jika kes jenayah ini mellibatkan golongan murid
seawal 10 tahun. Salah satu kes jenayah yang sering dikaitkan dengan golongan
remaja ialah kes jenayah ragut.
Menurut kamus dewan, jenayah ialah
perbuatan kejahatan seperti mencuri ,merompak ,membunuh dan lain-lain atau
perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Manakala ‘ragut’ pula bermaksud menarik,
menyentak, mencabut dengan paksa atau dengan kekuatan. Oleh yang demikian, dapatlah
disimpulkan bahawa jenayah ragut merupakan satu perbuatan menarik, menyentak
atau mencabut yang mana berkait rapat dengan tas tangan. Jenayah ragut ini
sering kali dikaitkan dengan golongan remaja. Justeru itu, beberapa faktor
telah dikenal pasti penyumbang kepada peningkatan kes jenayah dalam kalangan
remaja. Antaranya;
Kurang mendapat kasih sayang dan
perhatian daripada ibu bapa
Ibu bapa dan keluarga memainkan
peranan utama dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka semenjak dari kecil.
Pepatah melayu ada menyebut ’melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa
perlu meluangkan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka. Ini kerana,
anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa dan keluarga mereka. Ibu bapa yang
sentiasa sibuk dengan pekerjaan atau mencari rezeki tidak dapat meluangkan masa
bersama-sama dengan anak-anak.Perhatian dan didikan yang kurang daripada ibu
bapa punca remaja terjerumus dalam jenayah seperti ragut. Ibu Remaja yang tidak
mendapat kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa dan
keluarga, akan mendapatkan kasih sayang dan perhatian daripada orang luar
termasuk rakan sebaya. Remaja akan membuat apa sahaja untuk berseronok dan
mendapatkan perhatian rakan mereka.Sebagai contoh ,melakukan jenayah seperti
meragut,melepak dan sebagainya bagi memuaskan hati rakan mereka.Oleh itu kurang
kasih sayang menybabkan remaja terjerumus dalam kancah jenayah ragut ini.
Pengaruh rakan sebaya
Salah satu punca berlakunya jenayah
ragut adalah sikap segelintir remaja yang mudah terpengaruh dengan rakan
sebaya. Menurut pendapat seorang ahli psikologi Barat, Carl Rogers (1985),
remaja akan mengalami beberapa perubahan ketara yang mana rakan sebaya begitu
penting bagi mereka. Konflik harga diri menyebabkan remaja menjadikan rakan
sebaya sebagai ‘tempat mengadu. Malah, mereka juga akan melakukan sesuatu yang
drastik bagi membuktikan mereka boleh berdikari atau mampu bertindak seperti
orang dewasa.Sebagai contoh mencari duit.Mereka melakukan jenayah
ragut,mencuri,merompak bagi membuktikan bahawa mereka mampu mencari wang
sendiri.Jelaslah jenayah ragut mendorong remaja melakukan jenayah ragut.
Keadaan Ekonomi keluarga
Kemelesetan ekonomi dunia telah
memberi impak yang besar terutamanya kepada masyarakat yang berpendapatan
rendah.Remaja yang berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan rendah terpaksa
menjadikan jenayah ragut sebagai jalan terakhir untuk memenuhi keperluan dan
kehendak mereka.Hal ini dibuktikan menerusi
kenyataan Pengarah Jabatan Siatasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Dato
Muhammad Bakri Zinin bahawa faktor ekonomi merupakan menyumbang kepada
peningkatan jenayah ini.Tambahan pula, jenayah ragut memberi keuntungan dalam
sekelip mata kepada peragut.Tuntasnya,kemelesetan ekonomi juga menjadi titik
tolak penglibatan remaja dalam kes jenayah ragut ini.
Pengaruh Media Massa
Media massa banyak memberi manfaat
dan kemudahan kepada penggunanya.Sebagai contoh kemudahan seperti internet,e-mel
,televisyen dan sebagainya.Perkembangan teknologi yang pesat ini, memudahkan setiap maklumat
yang diperlukan diperolehi dalam sekelip mata. Namun demikian,media massa turut
membawa kesan negatif kepada golongan remaja khasnya jka disalah gunakan.Remaja
hanya perlu memuat turun apa sahaja yang mereka inginkan.Sebagai contoh
menonton video lucah,menonton video ragut dan video keganasan.Secara tidak
langsung, maklumat yang diperolehi akan mendorong perasaan ingin mencuba dalam diri remaja
tersebut. Jiwa remaja sememangnya mudah dipengaruhi.Perasaan ingin tahu dan
ingin mencuba menyebabkan remaja mempraktikkan apa sahaja yang mereka tonton
melalui laman internet. Oleh sebab itu,
media massa juga menjadi faktor berlakunya jenayah ragut dalam kalangan remaja.
Kurang mendapat didikan agama
Remaja yang mempunyai pegangan agama
yang lemah cenderung untuk melakukan jenayah.Semua agama sama ada Islam,Hindu
dan Buddha melarang penganutnya melakukan kejahatan. Adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa untuk memberi
didikan agama yang kukuh kepada anak-anak mereka agar tidak mudah terpengaruh
dengan gejala sosial.
Langkah-langkah menangani masalah jenayah remaja.
Kes ragut dapat dibendung jika
perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja terbabit. Ibu
bapa perlu meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka
bagi meninjau perkembangan anak-anak. kesibukan bekerja dan mencari rezeki tidak
patut dijadikan sebagai alasan utama mereka mengabaikan tanggung jawab sebagai
ibu bapa. Ibu bapa perlu berusaha menjadi rakan kepada anak-anak dan selalu
berdampingan dengan mereka untuk mendengar luahan masalah anak-anak. Hal ini
bukan sahaja dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam jenayah ragut
bahkan dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Asas pembentukan sahsiah
remaja bermula daripada keluarga. Sementelahan itu, didikan agama yang kukuh juga
dapat membantu remaja berfikir secara rasional sama ada melakukkan kejahatan
atau lebih kepada kebaikan. Oleh itu, ibu bapa dan keluarga perlu melengkapi
anak-anak mereka dengan didikan agama yang teguh sebagai pedoman dalam
perjalanan hidup setiap hari.
Pihak sekolah juga mungkin boleh
membantu mengatasi jenayah ragut yang melibatkan golongan remaja. Pihak sekolah
perlu membantu mencari dana untuk membiayai persekolahan remaja yang mengalami masalah kewangan
agar mereka lebih fokus kepada pelajaran dan tidak mencari jalan lain untuk
mengatasi masalah kesempitan hidup.
Kesimpulannya, jenayah ragut dalam kalangan
remaja perlu di atasi dengan kadar segera agar kemajuan negara dapat dicapai.
Masalah seumpama seperti ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak
terbabit.
Pengarang :masjoe- Felicia- Wajimin
No comments:
Post a Comment